25 January 2023

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Dari masa lampau, Cendawan Lingzhi telah dikenali sebagai “Raja Cendawan Perubatan” disebabkan oleh manfaat-manfaat kesihatannya. Lingzhi ialah sejenis cendawan yang bersaiz besar dan berwarna gelap, bersama dengan bahagian luar yang berkilat dan tekstur berkayu. Cendawan tersebut dipanggil sebagai Lingzhi di China tetapi ia dikenali sebagai reishi ataupun mannentake di Jepun.




Kompaun aktif di dalam Lingzhi

Bahagian badan, spora dan miselium Lingzhi adalah kaya dengan kompaun aktif yang dipanggil polisakarida. Di samping itu, Lingzhi juga adalah kaya dengan triterpena. Kompaun aktif tersebut membantu tumbuhan ini membekalkan rasa pahit dan memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada badan manusia.




Faedah-faedah Kesihatan Lingzhi

Kombinasi kompaun aktif di dalam Lingzhi mempunyai berbagai-bagai manfaat kesihatan. Kesan utama polisakarida adalah membekalkan kesan antioksida untuk mengelakkan kerosakan pada sel badan kita. Kompaun aktif tersebut juga membantu dalam penyelenggaraan kesihatan darah supaya dapat memberi oksigen dan nutrient yang secukupnya kepada otak dan organ badan kita. Ia juga akan membantu dalam meningkatkan kadar produktiviti kita apabila pembekalan oksigen dicukupi. Kajian-kajian yang dijalankan juga menunjukkan bahawa polisakarida di dalam Lingzhi akan membantu dalam memantau dan mengekalkan sistem imun yang lebih baik.


Mengenali PhytoShrooms Spora Lingzhi.

Ia adalah diperbuat daripada spora Lingzhi, debunga yang diekstrak daripada cendawan Lingzhi pada masa matang. PhytoShrooms Spora Lingzhi 250mg menggunakan teknologi pecahan sel dengan 99% kadar kejayaan yang tinggi untuk mengekstrak intipati daripada spora Lingzhi, dengan itu, nutrien dapat diserap dengan mudah oleh tubuh badan manusia.


Lingzhi ialah sejenis remedi herba yang terkenal dalam budaya Asia dengan aplikasi yang luas. Ia adalah semakin popular sebagai produk suplemen kesihatan, sebelum mengambil produk ini, kita dicadangkan supaya melawat pakar-pakar kesihatan untuk memilih produk yang paling sesuai untuk anda.