21 September 2022

Saiz Huruf :   BESAR    SEDERHANA    KECIL

Sejak 2020, pelitup muka telah menjadi satu keperluan harian di dalam kehidupan kita. Kita dikehendaki untuk memakai pelitup muka pada bila-bila masa apabila berada di luar rumah. Namun, sejak May 1 kita telah dimaklumkan bahawa pelitup muka tidak lagi diwajibkan apabila kita keluar dari rumah. Di samping itu, pada September 7, Kementerian Kesihatan Malaysia juga memaklumkan bahawa pelitup muka tidak lagi merupakan kewajiban di dalam kawasan tertutup.


Selain itu, pemilik perniagaan juga mempunyai kuasa untuk menentu sama ada pelanggan perlu memakai pelitup muka atau tidak. Oleh itu, kita masih memerlukan penggunaan pelitup muka kerana ia masih merupakan satu keperluan harian yang sangat penting dalam kehidupan kita.


Menurut kepada statistik umum Malaysia yang dimaklumkan pada September 6, orang ramai yang berjumlah 4795009 telah dijangkit Covid serta 36255 individu yang telah meninggal dunia disebabkan oleh Covid. Dari aspek liputan vaksin pada September 6, terdapat populasi sejumlah 84% yang telah mengambil vaksin, manakala 49.7% individu telah diberi dos booster yang pertama. Terkini, Malaysia adalah terdiri daripada 32.7 juta orang.


PhytoFairy ingin mengambil peluang ini untuk mengingatkan kepada semua orang supaya memakai pelitup muka apabila berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai ataupun apabila anda berasa kurang sihat. Cuti yang agak panjang akan datang, oleh itu, jangan lupa untuk memakai pelitup muka dan membersihkan tangan anda apabila berada di tempat yang sesak! Tambahan juga, kita boleh menambah pengambilan pemakanan teras dan sasaran berdasarkan keadaan kesihatan kita.


Perkongsian hari ini akan tamat di sini, kongsi mesej ini dengan orang di sekeliling anda supaya kita dapat menjaga kesihatan antara satu sama lain walaupun pelitup muka bukan kewajiban pada masa sekarang.